Tuesday, November 18, 2008

SEKOLAH MEMANDU SENG




Dulu-dulu masa tingkatan 4 dan 5 aku tomboy. Peringatan. Aku bukan pengkid.
Aku cuma suka dress up macam lelaki. Sebab aku minat fesyen lelaki.
Ok rupa aku ketika itu sebijik macam lelaki. Bukan sahaja rupa malah gaya aku juga.
Rambut spikey, keluar rumah mesti pakai sneakers. Seluar pun baggy jeans.
Sampai sekarang aku simpan seluar tu. Entah kenapa aku sayang seluar tu.
Jenama Levi’s. Harga dia RM180. Masa beli seluar baggy tu dapat free gift.
Backpack warna merah. Cantik.
Aku bawa ke sekolah. Di sekolah, semua orang memperkatakan tentang beg ku.


Eh. Ok. Berbalik kepada topic asal.


Pada suatu hari, aku menaiki van beramai-ramai dari Sekolah Memandu Seng untuk

mengambil ujian memandu di JPJ Gombak Batu 11.
Disana, aku menunggu giliran dengan machonya.
Aku sedar semua di situ memandangku. Mungkin sebab cara aku dress up.
Selesai giliran aku, aku bersama-sama baggy jeans kebanggaanku turun dari
kereta kancil JPJ dengan macho kerana aku telah lulus ujian bukit.
Tiba masanya untuk ujian jalanraya. Ingat, JPJ pengiring aku itu kacak.
Aku dengan skema membetulkan segala cermin yang ada sebelum memulakan perjalanan.
Sebelum sampai dipintu keluar, ada sebuah lori yang di park ditengah-tengah jalan.
Hanya kereta aku sahaja di situ. Lori itu pun tiada pemandunya.
Aku intai back mirror. Clear. Side mirror. Clear.
Aku pun dengan yakin meng’over take’ lori tersebut.


Tanpa memberi ‘signal’.



Encik JPJ kacak : Awak berhenti kat tepi ni sekejap.
Liana Ezzana : Oh. Ok.
Encik JPJ kacak : Awak tahu tak apa kesalahan awak?
Liana Ezzana : Em, tak perasan pulak. Apa dia?
Encik JPJ kacak : Awak potong lori tadi kan. Kenapa tak bagi ‚signal’?
Liana Ezzana : Err...(Berkata-kata dalam hati: bukannya ada kereta..nak signal ke??)
Encik JPJ kacak : Awak tahu tak kan bahaya kalau ada kereta kat belakang tadi.
Liana Ezzana : Oh. A’ah la..(Tersipu-sipu sambil berkata dalam hati: tapi dah tengok kan takda kereta..)
Encik JPJ kacak : Sekarang awak turun kita tukar tempat.

Biar saya yang bawa kereta pulak. Awak gagal ye.
Liana Ezzana : Hah? Gagal?

(Oh tidakk..terbayang-bayang wajah ayahbunda yang menanti dirumah..)
Liana Ezzana: Habis tu macam mane ni encik?
Encik JPJ kacak : Awak boleh datang balik hari lain.
Liana Ezzana : (“#$%^&*. Tak bagi chance langsung ke dia ni..lupa ‘signal’ je kan..” )

Kena bayar ke?
Encik JPJ kacak: Ye kena bayar.



Robek hatiku.


Encik JPJ pun menghantar aku di tempat permulaan tadi. Aku turun kereta dengan muka tebal.

Masih cover macho. Aku pun duduk la di tempat menunggu. Menantikan rakan-rakan
seperjuangan yang lain selesai ujian. Aku tak senang duduk.
Sekejap berdiri. Sekejap duduk.
Sekejap aku ronda-ronda kawasan itu. Semua disitu memandangku.Aku resah.
Aku rasa macam nak balik sangat. Macam-macam aku fikir.


Aku gagal ujian jalanraya.
Aku rasa bersalah dengan orang tua ku.
Aku malu dengan cikgu memandu aku.
Aku malu dengan orang-orang sekeliling yang menjadi pemerhati bebas sejak dari tadi,

sebab aku dah control macho sejak pagi!
Paling penting aku malu dengan Encik JPJ kacak.


Dugaan.


Sampai rumah, aku terus masuk bilik. Aku takde mood. Aku salin seluar baggy aku.

Kesian dia sehari suntuk menjadi tatapan.
Tiba-tiba…..


Aku nampak ada peta Negara Afrika Selatan kat belakang seluar baggy aku!!

Terus bayangan orang-orang yang dekat JPJ tadi, termasuklah bayangan Encik JPJ kacak
berlegar-legar dalam kepala aku. Rupa-rupanya, pandangan mereka tadi adalah pandangan simpati.
Penuh simpati. Bukanlah pandangan yang aku sangkakan.


Aku period.


Kenapa aku mesti period pada hari itu?


Kenapa??





29 comments:

Zaini said...

"Aku nampak ada peta Negara Afrika Selatan kat belakang seluar baggy aku!!

Aku period."


makaih.hardcore punya kes nih.




=)

Anonymous said...

walaupun macho, anda tetap seorg perempuan...

nazminabdullah said...

sebab aku dah empat bulan tak period.

eh takde kena mengena pulak babai!

Liana Ezzana said...

zaini: tahu takpe.hahah

anonymous: ya..cuma saya tidak menjangka nature seorang perempuan akan tiba hari itu~wuu~

nazmin: please dong!

Hanis Zalikha said...

nazmin banyakkan makan ulam-ulaman dan gulap jamun.

kak, atleast itu betul2 period, hanis pernah nak masuk sekolah, coklat je satu bontot. eh dua bontot. ke satu? ke sepasang? tak kesah lah, yang penting surface area coklat itu agak besar. ingatkan period sebab coklat kemerah-merahan (BUKAN KEKUNINGAN OKAY ITU TAHI BAYI), rupanya daddy lupa tutup tingkap kereta, pastu hujan, so seat itu basah dalam. basah dalam di sini bermaksud, duduk tak rasa basah, tapi hakikatnya air meresap ke baju perlahan-lahan. eh. ini belog saya ke? k lah bye.

Liana Ezzana said...

hanis: eh akak pun pernah mengalami kejadian itu..balik sekolah daddy ambil. pastu singgah mcdonalds. semua kt mcdonalds tu pandang akak. i tot my baju sekolah jarang ke hape..bile balik ade huge brown spot kt blakang and i cium bau chocolate milk! i think one of monsterjambu tumpahkan susu cekelat dlm kereta.

nazminabdullah said...

gulap jamun. apa tu. macam ubat tenaga baten bunyinya.

adik beradik memang wajib kena coklat kat bontot eh. kita tunggu apa nasib alisya. eh lama lagi la pulak. tak jadilah.

dina said...

itu hanya setompok dugaan je... heheheh.. kamu dua beradik memang kelakar semulajadi yek!

Afiq said...

Ahahahahahaha..

Memang lawak.

Tapi, kenapa Afrika Selatan?
Sebelum abis baca, saya igtkan seluar tuh orang pandang slack sebab seluar apartheid. :P

Saya ada kawan.. dia bocor dan tak sedar. alih alih, stain sofa hotel. memang memalukan.

Anonymous said...

liana ni cia
at least ko 2 kali je amik lesen kete
ak record 4 kali

Anonymous said...

jika anda mengayukan diri anda pada hari itu, sure encik JPJ kacak akan meluluskan anda dgn jayanye.

Mungkin Encik JPJ kacak jeles dgn kemachoan anda.

..She's sO €iRa.. said...

haha babe interesting story la

Liana Ezzana said...

nazminabdullah: Gulap jamun tu sejenis Indian Dessert. Aku xtaulah sumpahan coklat ape yg kami dapat.

Star said...

betul la tu u suppose to beg him la.. then mcti bole lulus :)

dulu aku pn terkena gak, langgar lampu kuning.. haram bitch btul. Lmpu kuning aku jalan la sbb da lps garisan sekali die ckp aku pandu secara brbahaya! bengong kalo aku tau langgar lampu merah je :p

ahmad said...

dapat lesen = dapat keta barukan?
tarak lesen = x dapat keta....

Arif said...

kekelakaran.....

Liana Ezzana said...

dina: haha..yeke..tenkiu

afiq: sbb saya rasa size dan shape tompokan lebih kurang Afrika selatan kot. kwn awak bukan sahaja malu..tapi mesti rasa bersalah macam nak cuci je sofa tu kan.

Ciah: yeke..ape ko buat weh..

Anonymous: mungkin juga begitu..

Eira: haha..thanks

Liana Ezzana said...

Star: tak pandaila nak beg kt orang..siries..oh penah tekena gak eh..em, kadang2 common sense tiada dalam undang2.

Ahmad: oh yeke..sampai sekarang masih pkai kereta ayah saya..hahahhhah

Arif: keterimakasihan

nazminabdullah said...

ding dong.
mami bila mau update nih?
presentation dah abes kan. mana ada sebok lagi. ~_~ <-- marah.

Azzam?? said...

lahhh... takkan tak perasan?
ishk ishk ishk.. maybe sebab seluar tu besar kot?? hahaha
so... skarang dah tak baggy dah ye? =D

Liana Ezzana said...

nazminabdullah: em saje je bagi time gap sket..=p

azzam: memang tak perasan sebab memnag tak rase ape2 pun..em,ye sekarang da tak baggy..=p sekarang vogey..=p

Anonymous said...

saya pn dulu waktu fail amik lesen..
series rasa nk nangis..then terus tepon ayah.terus nangis..


perasaan kecewa masa tu..macam la fail spm. exam ape2..kira trasa dunia ku gelap seketika.....hahaha...

ops..tp exam tk penah gagal yer.wahh tetiba di situ..

Liana Ezzana said...

anonymous: kan..stress kan fail ujian memandu..padahal boleh je wat lagi minggu depan..haha..maybe sebab kita rasa macam senang and tak patut fail..jadi bila fail tu rasa kecewa sangat..kot..macam tu la kot..hehehh

NedDy said...

erm neddy dh 2 kali fail nih, hadoii nk amik lagi memerlukan kekuatan semgat nih..Gilak ar, mmg tak de mood nih..klu tak pass lagi bulan 4 ni neddy nk kena ambil undang2 lagi skali...na mooo..

Zatyness said...

huhuhu scarynye pakcik(abg?) kacak yg cek driving tu... mmg tak kasi chance langsung. oh well. tapi i guess ok la gak tu... lagi elok kalu ketat sket dari longgar. for the sake of other drivers la kan.

tapi xpe. yg penting kita blaja dari kesilapan kita kann. :)

huhu penah skali i bocor kat kelas, time tu darjah enam. first time, lol. time cikgu masuk and kena bagi salam, tak prasan baju sekolah dah jadi mangsa. the girl behind me nampak, dia paksa i duduk. i pun cam "what the?!" and sume bdak dlm klas pandang sbb i sorg je duduk. cikgu pun pandang mcm nak marah, jegil mata. i pun nervous laugh je, xtau nak buat apa, sbb xpaham situasi gak i guess.

lepas tu mintak kuar. adoooi la. baju krg putih tu habisss. huhuhu. maluuu, so mintak nak balik umah awal (dkat nak habis pun time tu)

lol. kisah2 period ye x? ;P

Liana Ezzana said...

Neddy: wah kenapekah begitu? mesti fokus n kuat semangat..ceyhh..

Zatyness: tu la..lebih baik die strict la..supaya kita jadi pemandu berhemah :p alhamdulillah so far, xde pngalaman bocor kt clas =)

Iron Butterfly said...

omg. u sisters are farneyyy... today i first time stumbled upon ur mom's, ur sister's and lastly yours. sangat touched and kagum reading what ur mom wrote about u.

Liana Ezzana said...

Iron Butterfly: Oh TQ2..yeah me too touched~ sobs

Emira Darmia said...

cute!!