Monday, March 8, 2010

Musim panas dan pakcik air-cond.

Dah lama aku tak Demam. Semalam aku Demam. Jadi hari ni aku nak cerita pasal Demam.

Bila seseorang tu Demam, badan dia panas tapi dia kata dia sejuk. Siap menggigil-gigil. Lepas tu mesti pakai sweater atau baring pakai selimut tebal.

Tahu tak, badan kita ada 2 jenis suhu, suhu permukaan kulit dan suhu peripheral. Suhu peripheral ni ialah suhu dalam badan. Kedua2 suhu ini haruslah di dalam keadaan seimbang. Apabila kita Demam, suhu permukaan kulit akan bertambah, betul? Betul. Jadi suhu peripheral akan turun, lalu menyebabkan kita menggigil kesejukkan dan sendi2, urat saraf dll akan berasa sakit. Aku paling bengang kalau tengah Demam panas, jalan tiba2 kaki aku terlanggar kaki katil. Pehh..'nikmattt'.

Apabila Demam, kita digalakkan memakai baju/t-shirt/selimut nipis yang menggalakkan peredaran udara. Ni cekgu PBSM aku cakap. Mengapa? Sebab apabila kita pakai sweater/selimut tebal diatas permukaan kulit yang sedia panas, ia akan meningkatkan lagi suhu permukaan kulit, lalu suhu peripheral akan jatuh mendadak. Ini bahaya kerana apabila suhu dalam badan terlalu rendah, organ2 dalam badan akan terjejas.

Seringkali kita dengar kanak2 kadangkala orang dewasa di kawasan pedalaman terencat/buta dan paling teruk meninggal dunia kerana Demam panas. Salah satu faktor ialah mereka tiada pendedahan tentang ini.

Ok, setakat ini sahaja cerita saya. Sesiapa yang ada ilmu medik ke atau apa2 ilmu yang bau2 bacang dengan medik sila betulkan jika ada kesalahan. Sesungguhnya, fakta telah saya ringkaskan dan penjelasan telah saya tokok tambah..hahahh.





P/s: Musim2 panas ni ramai orang beli air-cond dari apek seksyen 9 Shah Alam.

Pemuda: Uncle, saya nak order 10 biji, uncle bagi diskaun la.
Apek: Tak boleh. Sekarang saya banyak order, 1 hari minimum 50 biji tau. Kalau U takmau takpe..banyak lagi orang nak.

Amboi3...uncle..tak seswaii tau!

7 comments:

isabelle said...

ni musti kedai apek yg U-Ki tu kan? (yg facing main road tu)
sombong nyerhhh..

aritu akak hntr dvd player under warranty pun, ada hati nak caras, mintak bayar.dlm rekod dia, bukannye xde rekod pembelian kita.

Hanis Zalikha said...

Terima kasih akak PBSM.

kin said...

liana kasut crocs ko saiz bape eh?

lily lotus said...

tgklah musim sejuk nanti. mesti air-cond apek tu tak laku..haha

Anonymous said...

setahu sy mmg ada dua jenis suhu...central and peripheral...suhu permukaan kulit=peripheral, suhu dlm badan=central

syafaf said...

weh mami silap amik course ek?kamu mcm sgt berbakat untuk menjadi cikgu..haha..:)

Liana Ezzana said...

isabelle :mengada-ngada namanya.

Hanis Zalikha :sama2 budak band.

kin : saiz 8. tapi lebih prefer kalau ada size 9.. *hint* ;p

lily lotus :musim hujan.

Anonymous :hmm..oh macam tu ye..nanti saya cek blk..tapi asalkan reader saya faham apa yang cuba disampaikan sudah bagus..hahahh

syafaf :silap kot noh..;p