Wednesday, August 11, 2010

Apabila syaitan diikat, nafsu bermaharajalela.

Ramai. Memang ramai orang terutamanya perempuan, menjadikan bulan puasa sebagai satu platform (ceyhh platform~) untuk mengurangkan berat badan secara tak langsung menguruskan badan lah.

Tapi saya kurang confident dengan cita2 mereka ini. Haha.
Daripada bilangan yang berazam nak kurus pada bulan puasa, saya rasa cuma 1/4 je yang betul turun berat. Selebihnya, gagal. (Ok, ini statistik cipta sendiri ^_^)

Sebab, kalau bulan puasa je, confirm berat saya naik. Haaa..
Why?

1. Sahur nak mantap. Bajet bekalan tenaga ah. Lepas sahur terus tidur pulak. Habis!

2. Buka puasa wajib meriah okeh. Lagi2 kalau buat reunion buka puasa. Melantak!

3. Semua orang jujurlah..berapa ramai yang exercise time puasa?

Contohnya, pagi tadi saya sahur cornflake dengan susu segar, nasi lauk daging petai paprik dan ayam goreng kunyit. Buka puasa pula lamb chop, potato salad, jagung dan aiskrim! Heheh..gemok kan? ;p

Jadi macam mana nak buat ni?

Saya sedang mengeksperimen program diet untuk diri sendiri ni. Kita tak boleh lah nak terus switch 180 degrees kan..so kita buat slowly.

1. Mula-mula, untuk sahur..masih maintain makan macam biasa, cuma kuantiti kita kurangkan separuh.

2. Untuk buka puasa pula tak perlu kurangkan kuantiti dahulu, cuma kurangkan makanan berlemak macam popiah goreng, rangka ayam goreng, hati ayam goreng, lamb chop dan lain2!

3. Buat senaman ringan yang berbentuk strength or weight training. Tak perlu pulun buat cardio workout sebab anda confirm akan pitam 3 hari..hahah. Contoh kita boleh buat body weight training macam push up, squad, plank dan lain-lain. Mungkin boleh mula dengan mengambil 15 minit sahaja daripada 24 jam anda :) . Kemudian bolehlah gandakan kepada 30 minit sekiranya anda mampu.

Info: Pada bulan puasa lebih berkesan sekiranya anda buat strength training daripada cardio workout. Cardio memang terbukti baik untuk jantung, tetapi kerana anda berpuasa, anda tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk cardio dan cardio workout hanya membakar calorie semasa workout contohnya semasa jogging. Tetapi strength training banyak melibatkan penggunaan muscle, jadi senaman seperti ini akan terus membakar calorie walaupun selepas tamat bersenam. Dan anda pun tidaklah termengah-mengah nanti.

Kita maintain step ni untuk seminggu dulu. Tengok apa jadi.
Anda ingin mencuba? Semoga berjaya. ;p

p/s: Jangan lupa timbang sebelum cuba. Nanti dah seminggu timbang kata takde perubahan padahal sebelum ni berat dah naik tapi tak sedar pastu..gdhirhfsksaspfftttt.

12 comments:

suzzsuzie said...

tu baru bab makan...belum lagi bab air...sirap bandung la, tebu, nak air jagung juga, konon nak diet minum fresh orange....siap bantai sampai 2 separuh jug...camana ni...help...gemuk air la pulak pas tu

PutraRocker said...

salam 2 ramadhan waka waka

ururules said...

oh! benarkah? faktakah cardio x byk calorie burnin?

jadi plan saye nak buat cardio sebulan mmg tak menolong la eh?
demn!

terpakse la gune tektik B:

sahur cam bese. bukak pose cam bese. exercise sblom tgh malam. tido selepas exercise. jgn makan. haip! jgn makan. sahur nanti leh makan.

Liana Ezzana said...

suzie: tula..air mesti nak 2-3 jenis punya..

putra rocker: tsamina mina ey ey waka waka eyh eyh ;p

ururules: eh awak dah salah faham ni..cardio lah yang paling banyak burn calorie! Cuma kalau bulan puasa tak digalakkan sebab nak buat cardio memerlukan tenaga yang banyak dan confirm haus lepas buat. Tapi kalau awak larat, buatlah..tak salah pun..

JULYA said...

akhirnye anda muncul
hehe
name pon pose
cube tak pose
bagi kuih free setalam pon belom tentu nak amek kan
hehe
klu setan diikat bulan pose
jadi yg mendesak kite membeli samapai tak hengat tu sape
fikir2kan
dan selamat beramal

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe.
betul2.
bila puasa, haram ku nak exercise.
tapi sebab ajar PJ, maka, wajib lagi senam walaupun sekadar senaman ringan.

kih3~

Anonymous said...

salam.
pd pendapat sy, tak payah nak buat senaman cardio bagai.
solat pun dah memadai.
kan?
para saintis dah buktikan.
so, apa lagi.?
mari lah m'imarahkan masjid2/surau2 kita...
:)

lily lotus said...

hehe..kenyataan itu memang pahit

Liana Ezzana said...

JULYA: ;p

LORD ZARA 札拉 :janji senaman! ;p

Anonymous: Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun beriadah..fikir2 kan lah.

lily lotus: ;p

thoyol said...

hehe..

then i suggest u to swim at night during Ramadhan. A cardio + little resistance exercise. A great muscle builder + cardio..

tapi mengah skit la. Haha..

IronHeart2204 said...

sapo yg exercise time pose2 nih...angkat kaki!? haha

Anonymous said...

salam LEZR

2 posting..terus senyap.. :p
mana pegi? busy wt sales & marketing?

selamat segalanye.. :)

~pembaca senyap~