Tuesday, February 1, 2011

Sediakan sapu tangan

Audi.

Kucing yang paling lama bersama kami. Paling banyak melahirkan waris yang comel-comel belaka. Paling banyak kenangan terindah bersama kami.

Audi dah tua. Gigi pun dah goyang. Mama terdetik untuk memandulkan Audi. Supaya Audi nampak lebih sihat dan duduk di rumah.

Tapi tak sempat. Audi hilang 3 hari. Bila pulang ke rumah, Audi bunting. Kami tak heran. Sebab Audi bunting memang perkara biasa. Kami tak risau. Sebab Audi pandai jaga anak. Kami gembira. Sebab bakal dapat baby kucing yang comel-comel.

Malam tu, Audi keluar rumah. Nak buang air barangkali. Keesokkan paginya dia pulang, dia nampak letih sangat. Rupa-rupanya Audi keguguran. Banyak sangat darah hilang.

Audi terbaring diruang tamu, tak berdaya langsung. Anak-anak dalam perut Audi bergerak-gerak. Masih hidup. Sekali sekala terdengar bunyi Audi meraung kesakitan. Saya usap kepala Audi. Saya tak sampai hati tengok dia macam tu. Mama bungkus dia dengan tuala, nak bawa ke hospital.

Dalam perjalanan, Audi menghembuskan nafas terakhirnya.

Pemergian Audi sangat tidak dijangka. Audi pergi tiba-tiba. Rasa tak puas main dengan Audi. Rasa tak puas peluk cium Audi.

Bye Audi. :'(






Audi beberapa kali kantoi bercakap dalam tidur.







Audi role model kepada anak-anaknya.





Nenek Kedah.

Nenek kesayangan kami. Nenek yang sporting, pemurah dan sentiasa positif. Oh, juga sangat pemalu.

Nenek selalu pesan, kalau pergi mana-mana, bawa sepasang baju kurung. Sebab kita tak tahu apa yang boleh berlaku. Baju kurung untuk standby kalau ada majlis agama yang tak dijangka..ataupun kematian.

Kalau Liana travel, mesti bawa sepasang baju kurung. Sebab ingat pesan nenek.

Masa Liana dapat keputusan PMR, nenek hebohkan kat semua orang..cakap Liana dapat 9A. Sebab nenek ingat Liana ambil 9 subjek. Padahal 7A je..comel nenek.

Tapi Liana sedih sebab nenek tak sempat tengok Liana kahwin. Liana tahu nenek suka dengan kawan Liana. Tapi nak buat macam mana..Allah lagi sayangkan nenek.

Nenek pun pergi tiba-tiba. Tapi pemergian nenek sangat tenang dan sayu. Nenek macam dah tahu, kami je yang tak perasan.

Nenek, kami doakan nenek tenang disana.


Al-Fatihah.



2 kematian dalam 1 minggu. Kematian antara makhluk Allah yang paling kami sayang.

Inilah ujian tuhan.





38 comments:

kdee said...

takziah liyana..be strong..al-fatihah.. :(

JULYA said...

takziah
pasni pn nk standby bwk bj kurung la
bnyk bersabar ye liana
al-fatihah buat nenek

dd dudu said...

:'(

misha.w said...

takziah liana..

dyna syamsuri said...

al-fatihah.

she_mah said...

sedihnya baca kisah Audi..kucg paling lama mesti amat disygi sebab byk kenangan.

Al-Fatihah buat nenek kak Liana..

yellowie roses said...

takziah =|

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

takziah liana, semoga rohnya dicucuri rahmat, amin.

kucing keguguran dan mati? eh, ini baru first time dgr, sedih lah... (mungkin sblm ni x pernah org post kat mana2, dan saya tak bela kucing.. ;(.. ) hr tu baru tengok kucing2 yg comel belaka kat rumah ms amik kek tempah kat mama liana, tp x perasan yg mana satu.

Nelsama Itsygo said...

takziah liana..hrp famly liana t'utama daddy liana tabah

Ainee Cumi said...

Sedih sangat. Nyesal tak dengar cakap kak yana suruh sediakan tisu.. =((

Dinda Iva said...

sabar yea...moga roh arwah nenek liana tenang disana dan ditempatkan dalam golongan orang beriman..amiinnn

R.R.Z said...

takziah
:(

hope kamu tabah

chem said...

al-fatihah..dan selamat berkenalan liana

zuera said...

salam takziah buat kamu sekeluarga..

eja said...

sedihnya....b strong ok...

BeYLa! said...

sabaaa ye. Al- Fatihah!

fifymeow said...

takziah..
:(

::nuRuLaDHar:: said...

Al-Fatihah ;(

btw, folow kamu...

marina anakcikbob said...

Takziah atas kedua2 kehilangan..
r tadi mengalir air mata baca kat blog untie, skg meleleh lagi baca kat sini.. :'(

Siti Nur Amirah said...

takziah kak liana..insyaAllah roh nenek kak liana dpt tgk kak liana nikah nnt..semoga nenek dicucuri rahmat..baca pasal audi memang buat mira menitik air mata..;'(

luvpinkja said...

uwaaaa. sedih nyaaa. saya ada bela kucing juga.. wuwuwu.. sabar ye. sory for ur lost.. be toguh babe..! :)

~kuyam~ said...

takziah kak liana....

Liana Ezzana said...

Thank you for all your support and prayers..

Meleleh air mata menaip entri ni..lepas publish dah tak baca langsung entri ni..takut nanges lagi..wuu..

Nelsama Itsygo said...

bnykkan sbr ye liyana..

izzati99 said...

al-fatihah takziah

MK said...

takziah liana, but thanks to arwah nenek liana pesanan bawak baju kurung sepasang itu saaaanggaaatt berguna dan betul belaka. akan akak ikut..

Anonymous said...

misai si audi sgt pjg, tanda sihat..
al fatihah utk nenek liana

-kilamok

Susu said...

Tiba-tiba teringat 2 ekor anak kucing dan sekor ibumereka di rumah. Sedih.
tetiba teringat nenek kat kampung, bilalah nak bawak nenek pegi jalan..sedihnya...

cumigd said...

eee..sedihnye...

lily lotus said...

i pun tumpang sedih atas kehilangan audi dan arwah nenek u :(

Anonymous said...

salam LEZR

takziah atas pemergian nenek tersayang dan jugak Audi.

Allah lebih sayangkan mereka.

Audi; bercakap dalam tdo? really? so cute...

banyak bersabar k!

sabdaziz said...

so sda.. i am touch! ;((
ALFATIHAH.

jessika said...

telah menanges membaca part Audi.arghh.sakit sangat bile our beloved kucing died.

misz beauty said...

okay... this is touching and im gonna cry =( alfatihah for ur granny...

Hayati Hamzah said...

sedihnya :( mesti rindu audi ngan nenek :(

Liana Ezzana said...

Now ada anak audi yang rupa sama cam audi..bila tengok teringat2 kat audi...hailaa~

BELLA said...

takziah buat keleuarga liyana :'(

wanie said...

takziah !