Thursday, October 6, 2011

Darah Manis.

Orang tua-tua kata, pasangan yang dalam ikatan pertunangan ni darah manis. Tapi aku dari kecil lagi darah manis. Nyamuk suka gigit :)

Maklong (baru) aku paling superstitious.

"Liana, sekarang tengah darah manis, jangan keluar-keluar rumah ye. Kalau keluar jangan jauh-jauh. Ingat ni aunty pesan ni".

Kerja aku selalu kena outstation. Masa menaip entri ni pun, aku berada di Pekan, Pahang. Aku hanya mampu tersenyum.

"Awak ni, budak tu dari tak ada rasa apa jadi takut pulak nanti". Paklong aku menyampuk.

"Minta maaf la, I memang superstitious. Liana ingat tau, jangan keluar rumah, bahaya darah tengah manis".

Adeh.

Apa yang aku faham, tak semestinya kau bertunang, kau bahagia sebab kau dah confirm kahwin dengan tunang kau. Masa tempoh bertunang ni banyak cabaran dan dugaannya. Sebab tu ada orang putus tunang.

Alhamdulillah, aku dan tunang tidaklah diduga dengan hebat. Kalau ada pun bertekak hal kecil-kecilan je. Lepas merajuk, baik semula.

Tapi makin dekat dengan tarikh ITU, macam lagi kerap bertekak. Pukul berapa nak nikah pun boleh jadi isu besar. Aku rasa lucu.

Itu kategori darah manis ke? Haha..

Oklah, apa-apa hal pun..persiapan perkahwinan aku baru 60% kot. Kad jemputan belum isi lagi, facial pun belum ni. Yang paling penting, baju nikah dengan baju bersanding masih belum ada. Seronotkan!

"Kau kahwin nanti baju warna apa?" Kepoh kawan sepejabatku.

"Tak tahu lagi."

"Kau ni lagi 3 bulan je kan.."

"Kau tahu lah mak-mak kita kan excited lebih, aku malas la nanti dah pilih colour, last minute tukar pulak".

"Tu la kan..kau nikah nanti kat rumah ke kat masjid?"

"Tak tahu lagi."

"Kau ni memang tak kisah langsung ke?"

"Hahahaha.."


Dari kecil aku memang cool macam ni, nak buat macam mana. Hahahaha.








P/s: Aku masih terfikir-fikir. Kenapa term dia 'darah manis'?





13 comments:

aiENn cHAm said...

hehe sempoinye,adeh! neway,tahniah sis :)

mizct10 said...

mase bertunang mmg byk dugaan...:)

HidayahSyafiq said...

Kelakarlah kekna nie..:)

Anonymous said...

Hahaha kelakarrr. Liana cooooool :3

lily lotus said...

kejap jer masa berlalukan :) all the best for the prep kay. darah manis ke masam ke masin ke yg penting u guys happy being together, dari situ insyaAllah segala halangan boleh ditempuh bersama..gitu

gadis jumaat said...

Liana bebile free silelah pilih thank u tags yang mana berkenan di hati kat facebook.com/gadisjumaat ye...

Haritu mak liana ckp tags ni kena ready in mid November. I've lost ur number lepas phone reset, so anything please emailkan kat girlfridayz@yahoo.com.au yek... :)

Puan Nad said...

kenapa term dia 'darah manis'? sebabbbbbbbb if darah masam, takdelah dracula sebok nak mengeget je khojenye. haha. just kidding. btw, congrates liana. be cool coz sy dulu seminggu lagi nak kawen baru amik cuti. tupun 3 days b4. hope everything ok.

Anonymous said...

liana dh gemuk..dh dekat sgt ari bahgea tu tak tingin nk kuruskan badan ker??

meerasmoochie said...

nak kahwin perlu ke tekan kan nak kurus kan badan tu :) its not an issue. asalkan kak liana happy with herself:)

Anonymous said...

salam...
liana tak gemuk sangat lah... ok2 jer... mcm body siti nurhaliza...tp saya rasa liana ni lagi sedap mata memandang cutting dia dari hanis...hanis mcm tulang sangat ler...
peluk org berisi ni puas apa... tak caya tanya lar para suami... betul tak.???

Liana Ezzana said...

Hahahah...I pun sebenarnya nak tanya..orang gemuk tak buleh kahwin ke?

Tapi I memang kena kuruskan sikit..sebab hari tu tailor ambil ukuran badan masa tgh kurus sikit (dari sekarang)..now mcm dah naik sikit, nanti tak muat pulak baju pengantin tu..kuang3..

Nurul Husna Abidin said...

B2B ke ni? congratzzz....
saya dah follow u :)

http://nurul-chuna.blogspot.com/

dwaty said...

so cool......