Sunday, December 4, 2011

Ini serius.



Dah 4 December!! Ini memang serius!

Tiga minggu sahaja lagi hari besar akan tiba. Kawan-kawan asyik tanya. Liana kau dah ready ke nak kahwin? Aku jawab "tak tahu". Walaupun dalam hati aku rasa sebenarnya dah bersedia. Sebab aku fikir, lepas kahwin aku masih di rumah ibu bapaku sedangkan si dia masih menyewa di Perak. Hal ini kerana komitment masing-masing terhadap kerjaya. Aku rasa rutin harian aku tidaklah berubah banyak pun..yang bedanya aku ada 'weekend husband'. Ini bak kata Puan Maznah, senior manager tempat aku bekerja. Weekday husband?..kau memandai je nyah simpang malaikat 44!

"Kami nak 'honeymoon' at least setahun". Itu jawapan aku kalau orang bertanyakan soal anak. 
Respon tipikal yang aku selalu terima, " Ish anak pertama jangan rancang! Biasa orang rancang anak pertama ni, nanti bila dia nak anak, susah nak dapat". Atau "Eeee...tuhan nak bagi jangan la tolak, tak elok".

Hmm..mana dia tahu tuhan nak bagi aku anak right after aku kahwin? Aku cakap pasal family planning, bukan aku cakap pasal nak gugurkan kandungan ke, nak bagi anak kat orang ke. Sedangkan perancangan keluarga itu tidak bercanggah pun dalam Islam. Why so kancheong? 
TAPI. Kalau Allah bagi rezeki awal, tentunya kami terima dengan hati terbuka. Lihat sajalah link-link blog menjual barangan bayi di side bar blog aku ni, dah lama dah aim nak beli yang mana :p


Cuba kita selami, ambil feel pasangan baru berkahwin. Sebelum kahwin, mesti ada sedikit sebanyak adegan ikat perut, saving sini saving sana. Nak mengumpul duit untuk majlis katakan. Lepas majlis, kau nak hidup macam tu lagi? Ikat perut, saving tak sudah-sudah? Mesti tak kan. Mesti nak relax, leisure dengan isteri. Ye lah masa tu kan barulah halal nak buat apa saja, nak pi holiday ka, nak pi midnight movie ka, candlelight dinner ka. 


Tapi tup-tup si isteri mengandung - bunting pelamin. Si suami memang gembira tak terkata, pada masa yang sama mungkin pening kepala fikir mana nak cari duit lebih. Sebab awal-awal dulu janji, "abang akan cuba tunaikan segala permintaan ayang". Hah sudah, nak cari duit untuk ayang ikut mana, duit untuk baby ikut mana (hak ni baca slang kedah noh). Bila dah mengandung, holiday kemana, midnight movie kemana. Mana taknya, si isteri kerja muntah, pening kepala. Makan je muntah, makan je muntah. Pastu tak boleh berdiri lama-lama, tak boleh itu tak boleh ini. Yang si suami dok pening sebab si isteri nampak barang baby comel-comel belaka....semua nak beli! Barang baby bukan murah. 


Tak payah cerita barang baby lah, kos bersalin kalau kat private hospital kurang-kurang RM10k kena ada dalam tangan. Kalau pergi private lah. Kos penjagaan ibu selepas bersalin lagi..package berurut sekarang 2 minggu, RM2k...tak murah beb. Bab ni kau tak payah cerita zaman mak kau, tak payah cerita zaman nenek kau sebab kau tak hidup zaman tu, kita sekarang hidup zaman millennium, tahun 2011, lagi 27 hari masuk tahun 2012. 


Dah la baru je halal nak buat itu ini bersama..dah kena fikir semua ni..nanti dah beranak, sibuk ngan anak, kerja lagi, tak banyak masa kualiti untuk bersama pulak. Kononnya, "ala, pergi holiday kita letak la anak kita kat rumah mak..minta tolong mak jaga 2-3 hari.." kononnya la. Selalu aku dengar, sampai je tempat percutian, "saya rindulah kat anak kita,..tak boleh tidurlah tak dengar suara anak kita.."merengek-rengek si isteri. Kau rasa suami kau tak bad mood macam ni?


Jujur aku katakan, aku tak bersedia untuk semua ni. Orang kata, kahwin tu buka pintu rezeki, jangan risau mesti ada je rezeki masuk. Rezeki anak-anak orang kata. Mungkin betul. Tapi tanpa usaha, janganlah mengharap rezeki jatuh ke riba. Mungkin juga kita bersedia dari segi kewangan..tapi mentally & emotionally mungkin belum bersedia. 


"Kajian menunjukkan apabila ibu bapa tidak bersedia menerima cahaya mata (semasa anak di dalam kandungan), anak itu biasanya kurang cemerlang di sekolah".
- Dato' Dr. Hj. Fadhillah Kamsah -

Pada aku, secara saintifiknya ini berkaitan dengan terjejasnya perkembangan saraf otak bayi, apabila ibu bapanya berasa resah dalam menerima kehadirannya ke dunia kelak. Sebab tu orang kata, masa mengandung tak boleh stress, boleh jejas kesihatan ibu dan bayi.

Selain itu, aku yakin dengan tahap kemampuan sistem pembiakan badan aku sendiri. Melihat kepada adik-beradik bapaku - 17 orang, ibuku - 6 orang, adik-beradik aku sendiri 7 orang. Aku yakin dengan genetik ini, insyaAllah. Mudah-mudahan tiada kesukaran dalam mendapatkan anak. Amin.

Wow, ini entri serius. Siap ada quote wey, dah macam thesis...kau ada? :D







P/s: Selain persiapan majlis (boleh lihat blog ibu saya), persiapan menjadi isteri yang baik pun ada. Sekarang ni, Ustaz Kazim dan Dr. Fadhillah Kamsah jadi idola aku. Dok dengaq ceramah depa ni la kat Youtube :) 




49 comments:

ascil.punye.lah said...

wahhh kak liana dah nak kahwin.best ohh.tapi tu lah,tanggungjawab makin besar dan berat.

Dayangku From Brunei :) said...

good luck on ur preparation Liyana!!

hidaya_yahya said...

sangat-sangat bersetuju...saya dan suami juga PJJ..dah setaun setengah hidup berjauhan..hujung minggulah masa untuk bermanja.setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk kita.saya mmg tidak merancang.tetapi Allah masih belum mengizinkan utk saya mempunyai cahaya mata..:) p/s saya juga yakin dgn sistem pembiakan saya..ayah-15 adik-beadik, mak-13..mine 3..

l.a.d.y.b.o.s.s said...

woo..mmg serius entri nih hehee
but through my reading mmg logik semua reasons yg u bagi..especialy ' baru halal' part..betullah tu,msa kapel kna jaga batas,so time da kawen la nk ada masa berdua dlu kn..not to say kta tanak ada anak kn..cuma famly planning je =)

Miqa said...

ini serius ~

Dylla Fadzil said...

setuju sangatttt... lepas kahwin nak hidup berdua dulu untuk 1-3years. nak buat n anjoy benda benda yg masa couple takleh buat. hihi

seaman's wife said...

betul liana..i pun setuju dgn statement u..i pun mmg merancang honeymon setahun lepas kawin(tp rancang secara biological clock laa)kalau dah takdir nak lekat jugak mmg kita terima,n alhamdulillah,selepas sethun mmg rezeki i pregnant...mmg lepas ada anak dunia kita totally berubah...susah dah nak dapat zaman cinta2 dgn husbnd due to busy sgt jg anak even i stay dgn MIL,makan kalot2,mandi jurus laju2 sampaikan nak bemesra dgn suami pun dah xmacm mola2 kawen dulu(ditambah pulak perubahan hormon dan keletihan buatkan i kurang nak bersama suami :((..mmg jiwa dan raga kena betul2 bersedia bila planning nak ada anak ni..bila hati dan fizikal btl2 bersedia,usakan ke arah tu.jgn lupa berdoa sama..satu lagi tempoh berhanymoon tu boleh kumpul contoh & pengalaman org sekeliling etc sedara mara mcm mana cara depa didik anak...ia sgt membantu k..

Anonymous said...

yes dear, boleh plan..tapi please jgn mkn pil cegah hamil dan yg sewaktu dengannya.. plan lah secara semulajadi.. mmg ini dah ade yg experienced, dah 7 tahun masih xdpt baby..

nak dapat baby mmg ade byk tekanan, tapi xdapat baby lebih besar tekanannya.. menurut suami saya la, sbb pengalaman dia semasa perkahwinan pertama dia dulu..

all the best, semoga majlis liana berjalan sempurna, dan perkara yang paling berharga semasa melayari rumahtangga bg seorang isteri adalah KESABARAN yg cukup tinggi..

Anonymous said...

yes dear, boleh plan..tapi please jgn mkn pil cegah hamil dan yg sewaktu dengannya.. plan lah secara semulajadi.. mmg ini dah ade yg experienced, dah 7 tahun masih xdpt baby..

nak dapat baby mmg ade byk tekanan, tapi xdapat baby lebih besar tekanannya.. menurut suami saya la, sbb pengalaman dia semasa perkahwinan pertama dia dulu..

all the best, semoga majlis liana berjalan sempurna, dan perkara yang paling berharga semasa melayari rumahtangga bg seorang isteri adalah KESABARAN yg cukup tinggi..

Azie said...

I luv read ur blog even u jarang update.nway,congrats k.

~Hayati~ said...

Sgt sgt agree dgn u..i dah 7 bulan kahwin and mmg plan tuk 'kosong' tahun prtama.mmg ade soksek2 'anak ptama jgn plan..biar ade sorang dulu' tp bg kami xde salahnya bcz kami plan cara semulajadi,xde ambil pil etc..bila duk PJJ ni nak spend time bdua tu kurang sket..huhu..

Alkisah said...

goodluck liyana..

Anonymous said...

betul tu liana..mulut org mmg kit axleh nak halang..belum kawen sibuk tanya bila nak kawen..kalo depa nak sponsor xpe..dah kawen tanya lak awat tak beranak2..kalo depa volunteer nak jaga anak kita esok xpa gak..dah beranak ko hingat dorg x bising?? bising lg nok!! dok tanya pulak haiii..xkan sorg je anak..dah ada anak pompuan..xnak cari lelaki pulak kaa??...senang mulut depa bercakp no?..yg pasti tanya diri kita sendiri..anak bukan perkara main2

Intan said...

kak liana..i'm agree with u dear..saya aritupun lepas kawen, memang kalau boleh taknak terus lekat..bukan sebab aper..sumer sebab mcm yg akak dh mention dlm nie tadi...biler kiter dah kawen, kiter dh halal..jadik bak honeymoon puas-puas dulu..alhamdulillha..lepas puas honeymoon & kawen pon dah genap 9 bulan, saya baru preegnant..hehe..gumbira!!! macam2 dpt wat ngan hubby lepas kawen..jadik, biler pregnant, dah bleh rileks..takderlah menda yg tak dapat wat..sumer yg teringin nak buat dah tercapai,hehe..

takper, abaikan jer aper yg org ckp..yg penting, kiter tau niat kiter..sya aritupun takder amik aper2 ubat pon utk plan..sumer berserah kepada Allah S.W.T...DIA yg lebih mengetahui aper yg terbaik untuk HambaNya :)

Anyway..selamat pengantin baru in advance (^_^)

Anonymous said...

saya x setuju!!! honeymoon bl2 pun leh smpi ke tua pun leh klu nk...anak tu lg menmbahkan rezeki... jgn smpai tuhan tarik blik rezeki... boleh klu nk rncag sendri tp jgn heboh2kan cukup lah diri sendri yg tahu.. x semestinya berketurunan ramai awak leh mewarisinya...

Anonymous said...

selamat menjadi pengantin nanti...selamat berjaya...buatlah apa yg dirasakan bahagia dan kejalan yg diredhaiNya...
Kalau apa yg kita inginkan itu jadi sebaliknya...bersyukurlah dan jgn anggap itu sebagai satu bebanan...sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik utk kita...ok all the best.....

Ms and Mr Red Ribbon said...

this is what happened to me now... huhuu memang bunting pelamin hihihi... nak kate apa lagi, dah Allah bagi cahaya mata insyaallah akan kami jaga, xsempat nak plan nie tue dah bunting plak... harap2 sume lancar...

:)

syafaf said...

u go girl !

Odah + One = OdahOne said...

sangat setuju terpulang kepada pasangan untuk merancang keluarga.. kita di situasi yg sama.

Anonymous said...

wow ur dad's mum..17 children! semuga majlis dan rumahtangga diberkati.

thoyol said...

hahahahahahahha..

the main entry was about family planning. the same exact issue that been raised by me.

I thought only guys ada isu ni, its good to know that girls also in the same wavelength.

bagus. good luck to u. :)

lily lotus said...

dear, ai dapat wedding invitation from ur mom. so sweet of her, harap2 dapat bergambar dengan u...all the best preparation yer :)

Fathiyah aka Messy said...

mmg serius ni kekna.smpai tulisan pon besar. hehehe

Fairuz Liyana Azman said...

wah,,,congratulations sis.....insyallah semuanya berjala dgn lancar... :)

Anonymous said...

Apa anak awak rasa kalau nanti dia baca enti awak ni...hmmmm.

Liana Ezzana said...

Anak saya mungkin akan cakap " terima kasih mak kerana memberikan saya yang terbaik". :)

Anonymous said...

minta maaf ya.

setelah panjang lebar alasan tak nak anak awal tiba2 'kalau Tuhan nak bagi anak cepat saya terima dengan hati terbuka'. pulak.

apapun selamat menempuh alam rumahtangga. tolak ansur sangat penting. kadangkala perlu juga terima pendapat orang lain. dah kawin baru tau.


~makcik zaleha~

Liana Ezzana said...

Tu la, kita ni kena terima jugak pendapat orang kan :)

Anonymous said...

tak jemu2 orang sekeliling awak pesan macam2 kan.

Cik Sizu said...

masa umur 20thn pernah berfikiran macam u, pernah tercerita kat makcik tapi lepas kena sound "plan la, esok takdapat terus" haiisshh sejak tu i simpan dlm hati sajo...

sekarang pun still blum kawin, mungkin kawin lambat dari i kawin awal nanti i nak plan hahha ishhh sedapkan hati sendiri

emmmm liana, i sehaluan pendapat dgn u tapi itulah bergoyah jugak hati ni bila kena "gempaq" dgn kata orang dah kawin. lagipun lepas kawin u duk jauh2,dilema tetiba pregnant kot?
u bakal kawin so dah ada ketepan hati. untuk i pulak, tengok le nanti camne :))

Eyriqazz said...

Selamat pengantin baru...semoga bahagia dan kekal hingga ke hujung usia...

Majlis Kahwin Kakak Hanis Zalikha @ Liana Ezzana

Hemu Hemu said...

kak dah 4 tahun kawin tp still tak dpt anak..pernah sekali gugur...tak pernah plan aper2..ape yg Allah bg kami terima ngan redha.
dalam hati hanya tuhan yang tahu teringinnya nak menimang anak...

kawan kak dah 6tahun kawin....tahun pertama dan kedua dia merancang...katanya tak nak anak lg..nak enjoy.....
skrg dah 6 tahun kawin....tahun ke3 baru nak anak...tp smpai tahun ke6 tak dpt2 lg...dah mcm2 ikhtiar...duit habis byk pg berubat...dia sgt menyesal dgn kata2 dan plan dia dulu...
dan dia pun ada adik beradik yang ramai...semua kerja tuhan...

pengalaman dari kami2 yang dah berumahtangga

Anonymous said...

riaknya bahasa

Anonymous said...

Kamu takkan tergamak bicara begini kalau kamu tahu apa perasaan org yang merancang nak anak tapi masih belum berhasil. Ya, kamu tak tahu perasaan itu. Kamu dengan mudah berkata "belum mahukan anak, mahu honeymoon lagi".

Anonymous said...

Anon 1:30,

saya sependapat dengan anda. tepat sekali. cara dia menjawab pun very the...

Anonymous said...

anak sapa la ni........

Liana Ezzana said...

Wow Anonymousessss yang penuh kebencian. :)

Anonymous said...

nak merancang boleh...tp xyah la bgtau sape2...cukuplah diri sendiri dan suami yg tahu...kalau bila dh ready nk anak, andai xde rezki lg, takut diri sendiri yg menyesal ckp mcm ni, atau org2 akan kata "padan muka, riak sgt dulu kata nk planning sgt..."

lagi pun ape perasaan ibu mertua, keluarga mertua kalau baca ni...?? mcm mana kalau rupanya dlm hati mertua nak sgt2 dpt cucu...apa perasaan awak kalau bila dh ready nk baby, tp xde rezki, mertua kata kita mandul n suruh suami kita kawin lain...

hati2 dgn apa nak ckp...perkahwinan memerlukan pengorbanan, byk hati nak jaga...lagi pun besar nikmat kalau jd ibu, hidup seorang wanita sempurna bila jd ibu...bila melahirkan anak kita, semua dosa2 kita gugur dan kita jd sesuci anak yg kita lahirkan...pahala yg besar...darjat seorang wanita diangkat lebih tinggi bila melahirkan anak, syurga terletak dibawah tapak kaki ibu...

mmg awak tak kata taknak anak langsung, tp mcm mana kalau kata2 awak ni yg buatkn Allah tarik nikmat menjadi seorang wanita dan awak langsung tak dpt anak...ape perasaan...?? bila suami pulak hari2 merengek nak kawin lain sbb nak baby...?? bila kita bukan menantu kesayangan sbb ipar kita ada anak kita xde anak...

fikir2kan lah...

Anonymous said...

Saya selalu gak terbaca entry pengantin baru macam ni...

"Pas kahwin nak enjoy dulu, honeymoon puas2 baru fikir pasal anak"

The same exact thing that I actually did right after my marriage. Tapi bukan sebab nak honeymoon pun...Because I believe if honeymoon ends right after you conceive, baik takyah kawen. Mase tu PJJ dua tahun dgn suami sbb sambung study.So xleh imagine camne nak struggle study kalau ada anak.Hence, I planned.

Org2 tua puas nasihatkan jgn planning2 anak first ni, nnt susah nak lekat. But I dismissed them. Because I'm so overly confidence of my reproductive system la kan looking at my family history. Backed up by all my medically scientific evidence yang takde effect on taking planning pills and what so on lah.

One thing that I forgot... I forgot to put everything on Allah. Semua nak atur dgn tangan sendiri sampai kdg2 mcm lupa pula Allah tu Maha Berkuasa.

Lepas setahun kahwin, baru saya teringin nak anak. Usaha la mcm mn pun tak lekat2. Kalau dulu makan planning pills, now makan pill subur pulak. Tak jadi apa pun. Operate ovary pulak. Tak jadi apa pun. To the extent nak buat IVF pulak.

Padan muka!Hari2 menangis tengok orang dukung anak. Mujur Allah tak uji saya lama. As I learnt my lesson, Allah gave me ,my precious little one. After 4 years of waiting.

Entah... saya jarang mengomen blog org. I just wished, it doesnt happen to you and you will not make the same mistake. It is all about rezeki. Pergantungan kita pada Allah. Pulangkan segalanya pada Allah. Itu saja...

Anonymous said...

apa perasaan sedara mara dan sahabat sekeliling awak yang bagi nasihat kat awak tapi awak boleh tulis dalam blog ni seolah2 memperlekehkan nasihat dan pendapat mereka. memang awak pun ada pendapat sendiri tapi bahasa yang awak gunakan mahu kecik hati orang.
ingatlah orang nasihat sebab orang masih peduli.

Anonymous said...

puan,

orang menegur bukan bererti benci ya...

Liana Ezzana said...

Macam-macam teguran dan pandangan saya terima hasil nukilan kali ini. Pelbagai cara teguran dapat dilihat, ada yang lembut, ada yang sebaliknya..hingga tersalah faham ingatkan orang benci :)

Terima kasih atas keprihatinan anda, Alhamdulillah masih ramai yang mengambil berat.

Sekadar informasi agar anda juga tidak tersalah anggap, tindakan saya ini adalah atas nasihat ahli keluarga. Juga mendapat sokongan daripada saudara mara dan rakan-rakan. Saya merancang secara semulajadi, tidak mengambil sebarang ubat/bahan kimia. Kalau 'lekat' Alhamdulillah, kalau 'belum lekat' pun Alhamdulillah. Segalanya tetap terserah kepada Allah SWT.

Terima kasih sekali lagi kerana masih sudi menjengah blog ini.

Wassalam.

Anonymous said...

as salam
selama ni saya silent reader your blog, saya tergerak nak komen, memandangkan asyik anon je on negative side. what i believe in here, anon ni boleh jadi orang yang sama, mungkin faktor tekanan hidup i pun xtau lah.the point is, i totally agree with u liana, kita merancang, even in islam pun ada cakap, anak adalah anugerah, kalau kawen, anak ramai tapi mulut dok cakap, duit takde lah nak beli susu la, pampers la, supplement la ape la, pun sama sekali tidak mensyukuri nikmat kurnian Allah. on my side, tak salah merancang, dari mengeluh ada anak,tapi hati tak iklas nak jaga,
p/s anon diatas byk komen penulis, cakap mcm2 yang merepek, ada otak tetapi akal yang ikurniakan tidak digunakan, sibuk cakap soal agama, tetapi islam tidak menyuruh umatnya memberi nasihat dengan cara mencerna, memaki hamun,,cara awak ni dah cukup baik ke untuk memberi teguran??

nad said...

klau tk silap, perancangan keluarga (family planning) dlm Islam tu boleh, (cthnye mcm dlm keadaan2 tertentu yg reasonably acceptable).

tp just teringat ustaz azhar pnah kata smthng like: klau plan to not hav kids sbb tkut tak ckup duit(miskin) tu tk boleh, sbb the Quran says "..kill not your children because of poverty'-We provide sustenance for you and for them-"[6:151].

"..Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.."[6:151].

of course, it is not that u're killing anyone, but i kinda thought it'd b nice 2 know abt tht matter/issue in ths kind of prspective. sorry for any offensiveness on my part, i hope ths helps ^__^

einazcute said...

salam.. akak, saya nak tanye, akak ni orang kampar ke? cuz akak cakap 'kan cheong' kat atas tu.. n saye pernah bace kt blog hanis atau mama akak lau tak silap ada mention word 'godang'.. tu semua ayat orang kampar lau xsalah saye la.. takpun orang minang.. hehe

einazcute said...

salam.. akak,, saye just nak tanye akak ni orang kampar ke? cuz akak mention word 'kan cheong' kat atas tu.. and sye pernah terbace blog hanis or mama akak, mention word 'godang' which means besar rite? itu je yang saye nak tanye.. hehe

Anonymous said...

JANGAN LAH KATE ORG YG CAKAP

''ANAK PERTAMA JANGAN PLAN2..NNT TUHAN LANGSUNG TAKNAK BAGI...'' TU BERFIKIRAN ALA2 KAMPUNG..
KATA2 ITU BETOL DARI SEGI PERUBATAN...MY AUNTIE PAKAR SAKIT PUAN.DIER KATE SEBENARNYER ANAK PERTAME MEMG TAK ELOK RANCANG..SEBB IA ADE KAITAN DENGAN SISTEM BIOLOGIKAL DALAM BADAN.AMBIL PIL PERANCANG KE..RANCANG SEMULAJADI KE MEMNG TAK ELOK...MY AUNTY GAK ADE KATE RAMAI PASANGAN YG DATANG KAT KLINIK DIE YG DAH KAHWEN TAPI TKDE ANAK..PASTU NAK ANAK..AWAL2 DULU MSE BARU KAHWEN MEMNG MERANCANG..

TAPI DEPEND ON ORG LAH..TAPI KALAU BETUL2 TKDE ANAK..JGN MEROYAN DAN WAT CRITE SEDIH..

Anonymous said...

KAU TU BADAN GEMOK..PON NAK RANCANG2 GAK KER..

Elle said...

Thanks Kekna! Sy baru kawen & super not ready to have baby. this entry is super helpful!